awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India beli peluru berpandu UK bernilai AS$468 juta

Bernama
Bernama
09/10/2025
21:40 MYT
India beli peluru berpandu UK bernilai AS$468 juta
Starmer (kiri) dan Modi menghadiri Forum CEO India-UK di Pusat Konvensyen Dunia Jio, Mumbai, India. - Foto AP
NEW DELHI: India akan membeli peluru berpandu bernilai AS$468 juta (RM2 bilion) daripada United Kingdom ketika kedua-dua negara terus memperkukuh hubungan pertahanan mereka.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Britain pada Khamis, kontrak itu melibatkan pembelian "Lightweight Multirole Missiles" (LMM) yang dikeluarkan di Belfast, Ireland Utara.
Peluru berpandu pertahanan udara dan pelancar yang akan dihasilkan untuk tentera India adalah sama seperti yang kini dibuat di Belfast bagi kegunaan Ukraine, menurut kenyataan itu.
Britain juga mengumumkan "pencapaian baharu" dalam usaha bersama membangunkan enjin berkuasa elektrik untuk kapal tentera laut apabila kedua-dua negara menandatangani "Pengaturan Pelaksanaan" untuk memajukan kerjasama ke peringkat seterusnya.
Perjanjian itu bernilai permulaan kira-kira AS$335 juta (RM1.4 bilion).
Perdana Menteri Britain Keir Starmer, yang tiba di Mumbai pada Rabu bersama delegasi perniagaan besar untuk lawatan dua hari, menyifatkan urusan berkenaan sebagai contoh perkongsian strategik yang semakin berkembang dengan India.
Starmer dan Perdana Menteri India Narendra Modi turut mengadakan perbincangan menyeluruh di pusat perniagaan India pada Khamis bagi memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#peluru berpandu
#Narendra Modi
#Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan