awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dakwa 'orde baru dunia' muncul selepas pandemik COVID-19

Bernama
Bernama
15/08/2023
13:20 MYT
India dakwa 'orde baru dunia' muncul selepas pandemik COVID-19
Narendra Modi membandingkan transformasi itu dengan perubahan global yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua. - Gambar fail
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi pada Selasa berkata 'orde baru dunia' sedang muncul selepas pandemik COVID-19 dan ia mengubah persamaan kuasa global.
Beliau membandingkan transformasi itu dengan perubahan global yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua.
"Saya dapat melihat dengan jelas bahawa selepas Corona (COVID-19), orde baru dunia, orde baru global, persamaan geopolitik baharu, ia berkembang dengan sangat pantas.
"Semua tafsiran persamaan geopolitik sedang berubah, takrifan juga berubah," kata Modi dalam ucapan Hari Kemerdekaannya, yang disampaikan dari Red Fort di Delhi.
Modi berkata keupayaan India dalam membentuk perubahan global adalah "kelihatan".
Beliau berkata jawatan presiden G20 India telah mempamerkan potensi India kepada dunia.
Bercakap mengenai konflik etnik di negeri terpencil timur laut Manipur, perdana menteri India berkata keadaan agak tenang sejak kebelakangan ini dan penyelesaian hanya akan muncul dengan mengekalkan keamanan.
"Selama beberapa hari ini, kami mendapat laporan tentang situasi aman yang berpanjangan. Negara ini bersama rakyat Manipur," kata Modi.
Konflik itu menyebabkan kira-kira 180 orang muat manakala lebih 50,000 kehilangan tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#order baru dunia
#COVID-19
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan