awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi

Bernama
Bernama
25/07/2024
02:40 MYT
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Lammy dan Jaishankar berjabat tangan susulan pemeteraian Inisiatif Keselamatan Teknologi UK-India di New Delhi, 24 Julai 2024. - REUTERS
NEW DELHI: India dan Britain pada Rabu melancarkan inisiatif baharu bagi bekerjasama dalam bidang keselamatan telekomunikasi dan menggalakkan pelaburan merentasi teknologi baharu.
Inisiatif ini merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Inisiatif Keselamatan Teknologi UK-India diumumkan ketika Setiausaha Luar Britain David Lammy mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi dan Menteri Luar Subrahmanyam Jaishankar di New Delhi.
"Perjanjian pertama seumpamanya ini dibina berdasarkan satu siri perkongsian antara kerajaan, industri dan ahli akademik British dan India.
"Penasihat Keselamatan Negara masing-masing akan membawa perjanjian ini ke hadapan untuk memastikan potensi teknologi kritikal UK-India dimanfaatkan," menurut Britain dalam satu kenyataan.
Lammy dan Jaishankar turut menyemak kemajuan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala.
"Kedua-dua pihak menghargai kemajuan ketara yang dicapai dalam rundingan bebas FTA India-UK dan berharap ia dapat disegerakan bagi mencapai FTA yang saling menguntungkan," menurut kementerian luar India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Britain
#inisiatif keselamatan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan