awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India: Rahul Gandhi tamatkan perarakan perpaduan nasional dengan mesej menentang keganasan

Bernama
Bernama
30/01/2023
21:15 MYT
India: Rahul Gandhi tamatkan perarakan perpaduan nasional dengan mesej menentang keganasan
Rahul Gandhi berucap di hadapan penduduk dalam keadaan cuaca bersalji pada majlis penamat perarakan perpaduan nasional di Srinagar, 30 Jan, 2023. (Foto AP)
NEW DELHI: Ahli politik pembangkang terkemuka India, Rahul Gandhi pada Isnin menamatkan perarakan perpaduan nasionalnya dengan mesej menentang politik yang memecahbelahkan serta konflik kemasyarakatan.
Rahul, 52, Ahli Parlimen dan ketua parti Kongres memulakan "Bharat Jodo Yatra" atau perarakan perpaduan India pada 7 September di Kanyakumari di selatan India merentasi 12 negeri, sejauh 3,500 kilometer.
Beliau memakai jubah tradisional Kashmir "pheran" -- berjalan kaki di tengah-tengah salji lebat menuju ke Srinagar, bandar utama wilayah Kashmir yang menjadi perhentian terakhir.
Ketika menyertai kebanyakan perarakannya beliau sering dilihat memakai kemeja-T.
Presiden Kongres Mallikarjun Kharge dan adik perempuan Rahul, Priyanka Gandhi adalah antara yang berucap kepada ratusan penduduk di penamat perarakan itu.
Rahul menyeru rakyat India agar bersatu-padu.
Sambil mengimbau kembali peristiwa pembunuhan neneknya Indira Gandhi pada 1984 dan pembunuhan bapanya Rajiv Gandhi pada 1991, Rahul berkata ia membuatkan beliau amat memahami erti keperitan akibat keganasan.
"Saya memahami keganasan, saya melaluinya," katanya sambil menambah mereka yang menghasut keganasan di India "tidak akan pernah mengerti makna keperitan ini kerana mereka tidak pernah mengalaminya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Rahul Gandhi
#perarakan perpaduan nasional
#Bharat Jodo Yatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan