awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India teliti impilkasi tarif AS

Bernama
Bernama
03/04/2025
12:30 MYT
India teliti impilkasi tarif AS
Ketika India dan AS sedang merundingkan perjanjian perdagangan dua hala merangkumi pelbagai sektor, kerajaan India juga sedang mengkaji peluang yang mungkin timbul susulan perubahan dasar perdagangan AS ini. - Gambar Adobe Stock
NEW DELHI: India sedang meneliti kesan tarif timbal balik yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ketika para pengeksport negara itu menyuarakan kebimbangan terhadap impaknya ke atas industri utama.
Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk industri dan pengeksport tempatan untuk mendapatkan maklum balas mengenai penilaian mereka terhadap tarif berkenaan.
Ketika India dan AS sedang merundingkan perjanjian perdagangan dua hala merangkumi pelbagai sektor, kerajaan India juga sedang mengkaji peluang yang mungkin timbul susulan perubahan dasar perdagangan AS ini.
Pada Rabu, Presiden Trump mengumumkan tarif 26 peratus ke atas barangan import dari India ke AS, di samping mengenakan tarif antara 10 hingga 49 peratus terhadap pelbagai negara lain bagi menangani defisit perdagangan AS.
"India mengenakan syarat ujian dan pensijilan yang unik serta berulang dalam sektor seperti bahan kimia, produk telekomunikasi dan peralatan perubatan yang menyukarkan atau meningkatkan kos bagi syarikat AS untuk menjual produk mereka di India.
"Jika halangan ini dihapuskan, eksport AS dijangka meningkat sekurang-kurangnya US$5.3 bilion setahun," menurut kenyataan Rumah Putih.
Menggariskan perbezaan kadar tarif, AS menyatakan bahawa ia hanya mengenakan tarif 2.5 peratus ke atas import kenderaan penumpang, manakala India mengenakan 70 peratus.
Walaupun reaksi rasmi kerajaan India terhadap langkah tarif AS masih sederhana, para pengeksport meluahkan kebimbangan.
"Tarif timbal balik dalam lingkungan 10 peratus masih boleh diuruskan, tetapi jika melebihi kadar itu, ia akan memberi implikasi serius kepada komuniti pengeksport India, terutamanya perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (MSME)," kata Presiden Persekutuan Pertubuhan Eksport India (FIEO), S.C. Ralhan, dipetik oleh agensi berita PTI.
Bercakap di Parlimen, Ketua Pembangkang India, Rahul Gandhi berkata tarif 26 peratus yang dikenakan AS akan "menghancurkan ekonomi kita sepenuhnya", sambil menambah bahawa industri automobil dan farmaseutikal berada dalam keadaan genting.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#perusahaan mikro
#industri automobil
#MSME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan