awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kurangkan tempoh kuarantin untuk pelawat asing

Bernama
Bernama
03/11/2021
00:43 MYT
Indonesia kurangkan tempoh kuarantin untuk pelawat asing
Petugas lapangan terbang di Bali bersiap bersedia untuk terima pelancong asing mahupun domestik. - Foto AP
JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto pada Selasa.
"Peraturan ini terpakai kepada pengembara antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin," kata Hartarto dalam satu kenyataan akhbar, lapor Xinhua.
Sementara itu, pengembara domestik yang lengkap vaksin dikehendaki menunjukkan keputusan negatif ujian swab antigen atau ujian PCR bagi mereka yang hanya menerima satu dos vaksin COVID-19.
Hartarto berkata pandemik COVID-19 di Indonesia adalah terkawal kerana jumlah kes terus menunjukkan trend penurunan.
Sementara itu, Indonesia turut mencadangkan penubuhan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) dengan Australia, kata Menteri Pelancongan Sandiaga Uno pada taklimat media, Isnin.
Setakat ini, pelawat dari 19 negara, termasuk China, Perancis, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu, dibenarkan melancong ke Bali.
Indonesia kini dalam fasa memulihkan ekonominya sambil menjangka kemungkinan gelombang ketiga pandemik yang dijangka berlaku ketika musim cuti Krismas dan Tahun Baru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kuarantin
#Pengembara
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan