awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025

Bernama
Bernama
19/03/2025
22:30 MYT
Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jutaan rkayat Indonesia akan sentiasa merebut peluang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri atau disebut mudik lebaran pada setiap tahun. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia telah menyediakan 404 pesawat bagi menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025, menurut kenyataan daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.
"Berdasarkan unjuran kami, sebanyak 325 pesawat diperlukan untuk perjalanan pulang Aidilfitri 2025. Dengan 404 pesawat yang sudah tersedia dan beroperasi, perkhidmatan penerbangan tetap kami septutnya dapat menampung peningkatan jumlah penumpang secara optimum," kata Pemangku Ketua Direktorat Jenderal Perhubungan Udara, Lukman F. Laisa.
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.
Penumpang penerbangan domestik dianggarkan mencecah 4,951,391, manakala penumpang antarabangsa dijangka mencapai 1,234,907 orang.
Sepanjang musim perayaan ini, pihak direktorat akan meningkatkan pemantauan di 60 lapangan terbang bagi memastikan keselamatan penerbangan serta bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca buruk.
Tempoh puncak bagi pelepasan penumpang dijangka pada 28 Mac, manakala tempoh puncak kepulangan dijangka pada 6 April.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Mudik Lebaran
#balik kampung
#Aidilfitri 2025
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan