awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI

Bernama
Bernama
10/01/2026
20:00 MYT
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Grok merupakan sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI yang diasaskan oleh Elon Musk pada 2023. (Foto AP)
JAKARTA: Indonesia telah menyekat sementara akses kepada Grok berikutan kebimbangan bahawa kandungan pornografi dan "deepfake" yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan awam.
Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata langkah itu bertujuan melindungi golongan wanita, kanak-kanak dan orang awam daripada kandungan pornografi palsu yang dihasilkan oleh AI.
Beliau berkata kerajaan menganggap penghasilan "deepfake" seksual tanpa kebenaran sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah manusia serta keselamatan rakyat dalam ruang digital.
"Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah meminta Platform X untuk segera memberikan penjelasan berkaitan impak negatif yang timbul daripada penggunaan Grok," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Grok merupakan sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI yang diasaskan oleh Elon Musk pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Grok
#deepfake
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan