awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak

Bernama
Bernama
22/10/2024
06:03 MYT
Insiden tembakan rambang di Washington ragut 5 nyawa termasuk 3 kanak-kanak
Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City. - Foto AP
WASHINGTON: Seorang remaja lelaki ditahan susulan kematian lima orang termasuk tiga kanak-kanak dalam satu insiden tembakan di Washington pada Isnin, lapor United Press International (UPI).
Pihak berkuasa bergegas ke lokasi selepas menerima laporan mengenai insiden tembakan rambang di sebuah rumah di kawasan Fall City, sejurus sebelum 5 pagi (waktu tempatan) kira-kira 25 batu di timur Seattle.
Lima mangsa ditemukan mati di dalam rumah berkenaan dan suspek cuba menggantung diri, menurut paramedik dan pasukan kecemasan.
Seorang mangsa wanita dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Walaupun pihak berkuasa belum mengesahkan hubungan suspek dengan mangsa, mereka menyifatkan kejadian sebagai "kemungkinan kes keganasan rumah tangga."
Seorang remaja lelaki ditahan dan kini berada di Pusat Tahanan Juvana King County.
"Amat menyedihkan. Sangat mengganggu. Saya yakin pasukan saya akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan kami akan menentukan fakta berkaitan insiden ini," kata Syerif King County, Patti Cole-Tindall.
Umur dan identiti mangsa belum didedahkan, lapor UPI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#Washington
#remaja lelaki ditahan
#gantung diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan