awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iPhone generasi pertama yang belum digunakan dijual lebih AS$63,000

Bernama
Bernama
22/02/2023
05:00 MYT
iPhone generasi pertama yang belum digunakan dijual lebih AS$63,000
Pemilik asal peranti itu berkata beliau menerimanya sebagai hadiah pada 2007 tetapi tidak menggunakannya kerana baharu membeli telefon. - Foto LCG Auctions
WASHINGTON: Sebuah iPhone generasi pertama yang masih belum dibuka dan dalam kotak dibalut plastik dilelong pada harga lebih AS$63,000 (kira-kira RM280,000).
LCG Auctions yang berpangkalan di Louisiana berkata iPhone itu memperoleh tawaran tertinggi sebanyak AS$63,356.40 sebelum lelongan ditutup pada Ahad.
Menurut United Press International (UPI), Karen Green, pemilik asal peranti itu berkata beliau menerimanya sebagai hadiah pada 2007 tetapi tidak menggunakannya kerana baharu membeli telefon.
Green yang mengurus kedai tatu di New Jersey, berkata beliau mula berminat dengan nilai telefon vintaj itu apabila mendengar tentang satu lagi iPhone yang belum dibuka dijual pada harga AS$40,000.
Anggaran itu ternyata terlalu rendah apabila telefon yang harga asalnya AS$599 dijual pada harga AS$63,356.40.
Green berkata hasil jualan itu akan dilaburkan untuk kedai tatunya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iPhone
#lelongan
#generasi pertama
#LCG Auctions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan