awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran enggan perluas perang, akan bertindak balas sewajarnya - Presiden Pezeshkian

Agensi
Agensi
16/06/2025
23:00 MYT
Iran enggan perluas perang, akan bertindak balas sewajarnya - Presiden Pezeshkian
Presiden Pezeshkian menegaskan, Iran bukan pihak yang memulakan perang ini, tetapi negara itu akan bertindak balas berdasarkan tahap serangan yang dilakukan. - Gambar Reuters
TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, negaranya tidak berhasrat untuk "meluaskan kancah perang" dengan Israel, namun akan bertindak balas secara "sewajarnya" terhadap sebarang serangan.
Kenyataan itu dibuat Pezeshkian dalam perbualan telefon bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin, menurut agensi berita rasmi Iran.
Beliau turut mendakwa, tindakan “pencerobohan” Israel telah mengorbankan orang awam, saintis serta pemimpin tentera di Iran.
“Iran bukan pihak yang memulakan perang ini, tetapi kami akan bertindak balas berdasarkan tahap serangan yang dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Pezeshkian turut mengaitkan penyertaan semula Iran dalam rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat kepada penghentian serangan rejim Zionis ke atas negara-negara serantau.
Sementara itu, Erdogan menyatakan kesediaan Turkiye untuk memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi meredakan ketegangan dan menyokong usaha kembali ke meja rundingan nuklear, menurut laporan agensi berita rasmi Turkiye. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran
#serangan udara Israel
#Iran enggan perang
#Presiden Masoud Pezeshkian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami