awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sahkan semua sempadan darat masih dibuka

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
06:10 MYT
Iran sahkan semua sempadan darat masih dibuka
Javad Hedayati (foto) berkata semua sempadan negara terbuka kepada penumpang dan kargo, dan operasi berjalan seperti biasa. -Gambar fail/X @infos_armenie
TEHRAN: Seorang pegawai kanan Iran mengesahkan bahawa semua pintu masuk darat negara itu masih beroperasi seperti biasa, meskipun semakin ramai warga asing mula meninggalkan Iran susulan konflik yang semakin memuncak dengan Israel.

Ringkasan AI
  • Iran mengesahkan semua pintu masuk darat masih beroperasi seperti biasa walaupun kemasukan pelawat menjadi perlahan akibat langkah keselamatan tambahan susulan konflik dengan Israel.
  • China telah memulakan pemindahan rakyatnya dari Iran melalui laluan darat ke Turkmenistan, dan menyarankan beberapa lintasan sempadan sebagai laluan keluar.
  • Negara lain seperti India, Rusia dan Poland turut mengatur pemindahan rakyat masing-masing melalui darat berikutan penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan di rantau tersebut.

Pengarah Biro Transit Iran, Javad Hedayati, berkata kepada agensi berita Tasnim bahawa semua sempadan negara terbuka kepada penumpang dan kargo, dan operasi berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa kemasukan ke Iran kini perlahan berikutan keperluan langkah keselamatan tambahan.
“Semua lintasan sempadan beroperasi secara normal,” katanya sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga telah diambil susulan serangan udara berterusan oleh Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, China telah memulakan pemindahan kumpulan pertama warganya dari Iran, menurut laporan China News Service.
Warga China terbabit dilaporkan meninggalkan Tehran melalui laluan darat ke Turkmenistan pada Selasa.
Kedutaan China di Tehran sebelum ini telah mengeluarkan nasihat keselamatan dan menyenaraikan beberapa lintasan sempadan utama termasuk ke Turki, Armenia dan Turkmenistan sebagai laluan keluar yang disyorkan.
Sementara itu, beberapa negara lain termasuk India, Rusia dan Poland turut mengatur pemindahan rakyat masing-masing melalui laluan darat, susulan penutupan ruang udara Iran dan gangguan besar terhadap operasi penerbangan komersial di rantau itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#pintu masuk darat
#langkah keselamatan tambahan
#Javad Hedayati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami