awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran sekat aplikasi Telegram dan Instagram

Astro Awani
Astro Awani
31/12/2017
20:41 MYT
Iran sekat aplikasi Telegram dan Instagram
Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam kenyataan pertamanya sejak protes itu menegaskan, warga Iran mempunyai hak untuk mengadakan tunjuk perasaan, namun ia tidak sewajarnya menimbulkan huru-hara. - Gambar fail Reuters
Iran menguatkuasa sekatan ke atas rangkaian sosial media, yang dipercayai jadi platform untuk menganjurkan protes anti-kerajaan yang sudah berlanjutan selama empat hari.
Media tempatan melaporkan larangan 'sementara' ke atas aplikasi Telegram dan Instagram itu dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan.
Protes anti-kerajaan kali ini disifatkan yang terbesar sejak protes besar-besaran pada 2009.
Presiden Iran, Hassan Rouhani dalam kenyataan pertamanya sejak protes itu menegaskan, warga Iran mempunyai hak untuk mengadakan tunjuk perasaan, namun ia tidak sewajarnya menimbulkan huru-hara.
Protes anti-kerajaan bermula di timur laut negara itu, sebagai bantahan terhadap masalah ekonomi dan kenaikan harga.
Bagaimanapun ia bertukar menjadi protes politik di beberapa lokasi, dengan penunjuk perasaan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta Hassan.
Protes juga bertukar menjadi ganas, dan pihak berkuasa terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.
Topic Berkaitan
#Instagram
#Iran
#politik
#presiden
#protes
#sekat
#Telegram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan