awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran selar tindakan Israel di Lubnan

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2024
20:30 MYT
Iran selar tindakan Israel di Lubnan
Nasser berkata, perbuatan bersekongkol adalah sama buruknya dengan kekejaman itu sendiri. - Foto X/Nasser Kanaani
IRAN menyelar tindakan Israel menyerang Lubnan dalam siri serangan udaranya di seluruh negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanaani, pada Isnin turut memberi amaran kepada rejim itu mengenai akibat yang akan ditanggung susulan serangan dilakukan.
Nasser dalam kenyataan lain menerusi satu hantaran di X pada hari sama turut berkata, perbuatan bersekongkol adalah sama buruknya dengan kekejaman itu sendiri.
"Ini kerana, penjenayah bebas dan kekejaman mereka dibiarkan berterusan tanpa henti," katanya sebagai menyindir beberapa negara Barat berhubung genosid dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin dan tindakan agresifnya yang berbahaya di rantau ini.
Tegasnya, sistem diamalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak mengawal ancaman kepada keamanan dunia itu sebelum segalanya terlambat.
Beliau sebelum itu menerusi kenyataan rasmi pada Sabtu mengecam tindakan rejim Zionis pada Jumaat yang menyerang sebuah bangunan kediaman di Beirut, mengorbankan dan mencederakan penduduk termasuk kanak-kanak.
Ujarnya, perbuatan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia.
Beliau turut menuntut negara-negara yang menyokong kemananan dan keselamatan antarabangsa untuk memanfaatkan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79 yang berlangsung di New York, untuk mengambil langkah lebih tegas ke atas Israel. - Agensi
Topic Berkaitan
#Iran
#lubnan
#Israel
#Hizbullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan