awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis

Agensi
Agensi
06/12/2023
02:30 MYT
Israel dakwa berjaya kepung Khan Younis
Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong oleh pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.
TEL AVIV: Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.
Israel juga menyifatkan ia sebagai hari pertempuran paling sengit dalam lima minggu operasi darat terhadap pejuang Hamas.
Menurut Ketua Turus Am Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, tenteranya yang disokong oleh pesawat perang, telah sampai ke tengah-tengah Khan Younis dan juga di sekeliling bandar itu.
"Enam puluh hari selepas perang bermula, tentera kita kini mengepung kawasan Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.
"Pada masa yang sama, kami terus memastikan pencapaian kami di utara Semenanjung Gaza.Kami telah berpindah ke fasa ketiga operasi darat. Kami telah mendapatkan banyak kubu kuat Hamas di utara Semenanjung Gaza, dan kini kami beroperasi menentang kubu kuatnya di selatan," katanya dalam satu sidang media.
Selepas beberapa hari mengarahkan penduduk melarikan diri dari kawasan itu, tentera Israel menurunkan risalah baharu pada Selasa dengan mengarahkan penduduk untuk tinggal di dalam tempat perlindungan dan hospital semasa serangan berlaku.
Risalah itu ditujukan kepada penduduk di enam daerah berjumlah sekitar satu perempat daripada Khan Younis.
Tentera Israel turut bertempur di Jabalia, sebuah kem pelarian bandar yang besar dan sarang Hamas di utara Gaza di Shuja'iyya, timur bandar. - Agensi
Topic Berkaitan
#Gaza
#Hamas
#Israel
#Herzi Halevi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan