awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel enggan memenuhi syarat Palestin

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2013
00:15 MYT
Israel enggan memenuhi syarat Palestin
Usaha membawa Palestin dan Israel ke meja rundingan mungkin menemui jalan buntu.
Ini kerana Israel masih berdegil enggan memenuhi syarat Palestin mengenai isu pembinaan penempatan Yahudi.
Regim itu bukan sahaja tidak menghentikan pembinaan, tetapi jumlah rumah yang dibina meningkat lebih banyak.
Statistik pihak Israel merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Antara Januari hingga Mac, sebanyak 865 penempatan dicatatkan berbanding 313 bagi tempoh sama tahun lalu.
Regim Israel membenarkan pembinaan berkenaan sebagai tindak balas kepada Palestin kerana cuba mendapatkan pengiktirafan sebuah negara di Pertubuhan Bangsa Bersatu tahun lalu.
Tindakan mereka ini dikecam kepimpinan Palestin.
“Ketamakan untuk tanah yang ditunjukkan oleh kerajaan Israel seperti biasa memusnahkan peluang untuk proses damai,” kata Nabil Shaath yang merupakan pembantu kepada Presiden Palestin Mahmoud.
Senario ini dilihat bakal memberi tugas berat kepada Setiausaha Negara Amerika, John Kerry bagi membawa dua pihak bertelagah ini semula ke meja rundingan.
Rundingan Palestin dan Israel terencat sejak akhir tahun 2008.
Palestin sebelum ini bertegas tidak akan berunding selagi penempatan haram Yahudi tidak dihentikan.
Topic Berkaitan
#isreal
#Palestin
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#proses damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan