awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel guna makanan, bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza - Ketua UNRWA

Bernama
Bernama
04/04/2025
13:00 MYT
Israel guna makanan, bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza - Ketua UNRWA
Ketua UNRWA di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat Philippe Lazzarini, mengkritik Israel kerana menggunakan makanan dan bantuan kemanusiaan sebagai senjata di Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Dalam satu hantaran di platform X, Lazzarini menzahirkan kebimbangan terhadap situasi genting di Gaza, dengan tentera Israel telah melancarkan serangan yang disifatkan sebagai genosid sejak 18 bulan lalu. Beliau berkata kelaparan dan putus asa semakin berleluasa, dengan Israel menggunakan makanan dan bekalan kemanusiaan sebagai alat peperangan.
Lazzarini menjelaskan bahawa Israel telah mengenakan sekatan ketat ke atas Gaza selama lebih sebulan, menyekat kemasukan barangan keperluan asas termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai hukuman kolektif terhadap penduduk awam.
"Penduduk Gaza keletihan kerana terus terperangkap di sebidang tanah yang kecil," katanya. "Bantuan mesti dibenarkan masuk dan kepungan ini perlu ditamatkan."
Situasi di Gaza bertambah buruk pada awal Mac 2025 apabila pihak pendudukan Israel menutup pintu masuk ke Semenanjung Gaza, sekali gus menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan dan bekalan perubatan. Tindakan itu telah menyebabkan kemerosotan yang belum pernah berlaku dalam keadaan kemanusiaan di wilayah berkenaan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UNRWA
#Philippe Lazzarini
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan