awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu

Agensi
Agensi
27/11/2024
23:00 MYT
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant. - Gambar Reuters
JERUSALEM: Hanya enam hari lalu iaitu sebelum berita gencatan senjata di Lubnan berlaku, hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, serta seorang komander Hamas, Mohammed Deif, yang didakwa oleh Israel telah dibunuh Julai lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan berdasarkan peranan mereka dalam perang di Gaza yang sekali gus akan menyekat Netanyahu dan Gallant daripada melawat mana-mana daripada 124 negara anggota ICC serta berisiko ditangkap.
Susulan itu, Israel telah memaklumkan kepada ICC akan mengemukakan rayuan berhubung waran tangkap yang dikeluarkan untuk Netanyahu dan Gallant.
Kenyataan dari pejabat Netanyahu berkata, Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap pasangan itu.
“Israel menyerahkan rayuan kepada ICC untuk menangguhkan pelaksanaan waran tangkap itu,” kata kenyataan itu. - Agensi
Topic Berkaitan
#waran tangkap
#Benjamin Netanyahu
#Yoav Gallant
#ICC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan