awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel serang kawasan perumahan di Deir Al-Balah, al-Bureij

Agensi
Agensi
10/06/2024
05:00 MYT
Israel serang kawasan perumahan di Deir Al-Balah, al-Bureij
Media Hamas melaporkan tentera Israel menyerang semula tengah Gaza pada Ahad, sehari selepas membunuh 274 penduduk semasa serbuan menyelamatkan tebusan Israel. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Serangan udara Israel di kawasan perumahan di bandar Gaza tengah Deir Al-Balah dan daerah al-Bureij telah meragut nyawa tiga rakyat Palestin di setiap lokasi pada Ahad.
Pasukan perubatan Palestin memaklumkan serangan kereta kebal itu membedil kawasan berhampiran Al-Maghazi dan Al-Nuseirat.
Media Hamas melaporkan tentera Israel menyerang semula tengah Gaza pada Ahad, sehari selepas membunuh 274 penduduk semasa serbuan didakwa untuk menyelamatkan tebusan Israel.
Dalam pada itu, kereta kebal mara ke kawasan lebih jauh di Rafah dalam usaha jelas menutup sebahagian bandar selatan itu.
Al-Maghazi, Al-Nuseirat dan Al-Bureij merupakan kem pelarian bersejarah yang sering diserang pada waktu ini.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata tenteranya meneruskan operasi di timur Al-Bureij dan Deir al-Balah, membunuh beberapa lelaki bersenjata Palestin dan memusnahkan infrastruktur Hamas.
Kementerian kesihatan Palestin memaklumkan serangan udara dan darat Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 37,084 rakyat Palestin, manakala ribuan lagi penduduk dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Hamas
#Deir Al-Balah
#al-Bureij
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan