awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri buta sarat mengandung mati didera suami

Agensi
Agensi
28/12/2019
04:24 MYT
Isteri buta sarat mengandung mati didera suami
Musa (tengah) ditahan selepas keluarga isterinya melaporkan kematian wanita terbabit kepada pihak polis di Madura, Jawa Timur. - Foto Agensi
Penderitaan seorang wanita di Jawa Timur, Indonesia yang menjadi mangsa dera suami sendiri sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui titik noktah.
Wanita berusia 37 tahun dan sedang sarat mengandung enam bulan itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarganya di Kabupaten Sampang, Madura pada Sabtu lalu.
Lebih menyayat hati, Sanima hilang penglihatan akibat kerap dibelasah suaminya, Musa, 39, sejak tujuh bulan lalu menggunakan pelbagai objek termasuk kayu dan penyangkut baju.
Pemeriksaan pegawai perubatan terhadap tubuh mangsa di hospital turut menemui pelbagai kesan kecederaan termasuk lebam di pinggang dan luka di bahagian siku kiri.
Siasatan polis mendapati, Musa mendera isterinya kerana berang wanita terbabit enggan memakan ubat bagi mencegah strok.
Musa berdepan hukuman 5 hingga 15 tahun penjara di bawah Akta 23 mengenai kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) jika disabit kesalahan. - Agensi
Topic Berkaitan
#bunuh isteri
#dera
#Indonesia
#Jawa Timur
#mangsa
#mati
#perubatan
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan