awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Jokowi terjatuh tangga semasa turun pesawat

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2022
08:13 MYT
Isteri Jokowi terjatuh tangga semasa turun pesawat
Iriana bersama-sama suaminya menuruni tangga, namun tergelincir dan terjatuh.
BALI: Iriana Joko Widodo, isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi, terjatuh di tangga semasa turun dari pesawat Presiden.
Melalui siaran langsung di Kompas TV, pesawat berwarna merah putih itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Presiden Jokowi yang didampingi Iriana keluar dari pesawat dan bersama-sama menuruni tangga, namun Iriana tergelincir dan terjatuh.
Anggota Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres) yang berada di bawah pada mulanya bergegas untuk membantu Iriana namun Jokowi memberi isyarat tangan yang mengarahkan mereka tidak perlu berbuat demikian.
Tiga individu dari dalam pesawat keluar dan menghampiri Iriana untuk membantunya bangun, dengan Jokowi kelihatan tetap berdiri di samping Iriana.
Iriana yang mengenakan pakaian serba warna merah muda akhirnya turun berdampingan dengan Jokowi, dan meneruskan langkahnya, seterusnya bersalam dengan para petugas kerajaan.
Presiden Jokowi bersama Iriana tiba untuk menghadiri forum ekonomi G20 yang berlangsung di Nusa Dua, Bali.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Indonesia
#Iriana Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan