awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN

Bernama
Bernama
19/08/2022
22:45 MYT
ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Lawatan enam hari ISWAMI ke Jakarta mulai 16 Ogos lepas, merupakan usaha pengukuhan dan meneroka bentuk kerjasama media yang lebih efektif. - Foto Facebook/ISWAMI
JAKARTA: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) diberikan peluang untuk bertemu dengan Direktur Jenderal Informasi dan Komunikasi Publik, Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia, Usman Kansong di ibu negara malam tadi.
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.
ISWAMI, yang diketuai Timbalan Presidennya Datuk Zulkefli Hamzah, telah dicadangkan agar memperluaskan kerjasama ISWAMI dengan media di Vietnam, Filipina, Singapura dan Thailand.
“Jika kerjasama berkenaan antara media di negara-negara itu berjaya, maka boleh ditubuhkan nanti satu Ikatan Kerjasama Media ASEAN,” katanya.
Dengan ini gagasan dan pengaruh media akan lebih kuat dalam membentuk satu rangkaian kerjasama serta berkongsi pengerahuan yang lebih luas bagi agensi-agensi media di rantau ASEAN, jelasnya.
Lawatan enam hari ISWAMI ke Jakarta mulai 16 Ogos lepas, merupakan usaha pengukuhan dan meneroka bentuk kerjasama media yang lebih efektif, selain bersama meraikan sambutan hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 pada 17 Ogos.
Pada ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di Melaka, 29 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan hubungan pengamal media di negara ini dan ASEAN dipertingkat menerusi rangkaian kerjasama.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iswami
#Usman Kansong
#Media
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan