awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"It's magic" - Putera Harry, Meghan Markle dedah wajah bayi sulung mereka

Agensi
Agensi
08/05/2019
14:23 MYT
"It's magic" - Putera Harry, Meghan Markle dedah wajah bayi sulung mereka
Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mendedahkan wajah putera sulung mereka kepada dunia, di Istana Windsor pada Rabu. - Foto REUTERS
Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mendedahkan wajah putera sulung mereka kepada dunia, di Istana Windsor pada Rabu.
Dibungkus dengan kain putih dan dipakaikan topi, bayi lelaki tersebut masih belum diberikan nama itu hanya dikenali sebagai ‘Sussex Baby’ dalam kalangan media.
“It's magic. (Ia sangat menakjubkan.) Saya dikelilingi dengan dua lelaki terbaik di dunia, jadi saya amat bahagia,” kata Meghan yang merupakan Duchess of Sussex.
Putera Harry pula menggambarkan sikap anaknya sebagai 'amat manis'' dan turut menghargai detik-detik awal menjadi seorang bapa.
Anak lelaki kepada Putera Harry dan Duchess of Sussex, Meghan Markle yang dikongsikan bersama media di Istana Windsor.
“Baru hanya dua hari setengah atau tiga hari, tetapi kami sangat teruja mempunyai cahaya mata sendiri dan dapat mengalami detik-detik istimewa bersamanya,” kata Duke of Sussex itu.
Pasangan tersebut bertemu dengan media sebelum berjumpa dengan nenek kepada Putera Harry, Ratu Elizabeth II di istana tersebut untuk memperkenalkan anak mereka.
Ibu Meghan, Doria Ragland, yang berasal dari Amerika Syarikat turut berada bersama pasangan itu di Frogmore Cottage.
Markle selamat melahirkan bayi lelaki pada awal pagi Isnin waktu tempatan.
Putera Harry bersama isterinya, Duchess of Sussex, Meghan Markle dan anak lelaki pertama mereka di Istana Windsor.
Perkara itu didedahkan menerusi muat naik ke akaun Instagram yang dikongsi suaminya Putera Harry, serta Twitter rasmi keluarga diraja Britain, @RoyalFamily.
Anak yang baru dilahirkan ini, menjadi waris ketujuh dalam takhta diraja.
Kata Putera Harry, mereka masih dalam proses memikirkan nama bagi anak pertama mereka itu.
BACA: Putera Harry dan Meghan Markle sambut kelahiran anak lelaki
Topic Berkaitan
#Meghan Markle
#Prince Harry
#Putera Harry
#Queen Elizabeth II
#Ratu Elizabeth
#Royal Baby
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan