awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?

Agensi
Agensi
24/05/2021
09:00 MYT
Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Jack Ma meletak jawatan sebagai pengerusi Alibaba pada September 2019. - Foto Alibaba
BEIJING: Hartawan dari China, Jack Ma dilaporkan akan meletak jawatan sebagai presiden Universiti Hupan, sebuah akademi perniagaan elit yang ditubuhnya sejak enam tahun lalu.
Memetik laporan Financial Times, sumber memaklumkan nama bekas pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar, Alibaba Group Holding Ltd itu telah ditukar.
Selain itu, Universiti Hupan yang ditubuhkan di kampung halaman Ma di Hangzhou turut dilaporkan akan menyusun semula kurikulumnya.
Jelas laporan itu lagi, Ma tidak akan memegang sebarang gelaran di peringkat tertinggi sebaik sahaja organisasi itu disusun semula.
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Ma.
"Hupan adalah seperti sebuah komuniti elit, ini adalah salah satu sasaran utama (pihak berkuasa)," kata salah seorang pegawai Ma seperti dilapor Financial Times.
Sebelum ini, pihak berkuasa China melancarkan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba termasuk meminta salah satu entiti perniagaan Ma, Ant Group menyusun semula operasinya.
Ant Group juga sebelum ini dalam pemantauan Beijing susulan kenyataan kontroversi Ma di Shanghai pada 24 Oktober tahun lalu yang mengkritik sistem peraturan China kerana didakwa menyekat inovasi.
Bulan lalu, Financial Times melaporkan Universiti Hupan terpaksa menangguhkan pendaftaran pelajar baharu setelah mendapat tekanan dari Beijing.
Ma meletak jawatan sebagai pengerusi Alibaba pada September 2019.
Topic Berkaitan
#Jack Ma
#Beijing
#China
#presiden
#letak jawatan
#Universiti Hupan
#Alibaba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan