awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor bakal terima RM3 juta dari FIFA?
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangkitan Omicron Indonesia meningkat kepada 318 kes

Bernama
Bernama
08/01/2022
14:58 MYT
Jangkitan Omicron Indonesia meningkat kepada 318 kes
Varian baharu COVID-19 Omicron kian merebak di Indonesia, apabila jumlah kes positif meningkat kepada 318 selepas 57 orang lagi dijangkiti virus itu setakat Jumaat. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Varian baharu COVID-19 Omicron kian merebak di Indonesia, apabila jumlah kes positif meningkat kepada 318 selepas 57 orang lagi dijangkiti virus itu setakat Jumaat.
Kes baharu itu membabitkan 50 jangkitan import dan tujuh jangkitan tempatan, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Dr Siti Nadia Tarmidzi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat 23 kes penularan tempatan dan 295 kes membabitkan pelancong luar negara sejak Disember 2021 hingga 7 Jan.
Kebanyakan kes dikesan pada pengembara sudah lengkap divaksin yang pulang dari Turki dan Arab Saudi, manakala 4.3 peratus daripada yang dijangkiti mempunyai komorbiditi seperti diabetes mellitus dan hipertensi.
Memandangkan peningkatan kes, kerajaan menghalang pelawat dari 14 negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Norway, Perancis, Angola, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique, Namibia, Eswatini, Lesotho, United Kingdom dan Denmark.
Sekatan itu juga terpakai kepada pengembara antarabangsa yang transit melalui negara itu dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Jumlah COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 4,265,187 setakat 7 Jan, dengan 518 kes baharu, melepasi paras 500 dalam dua hari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#varian baharu
#Omicron
#COVID-19
#Indonesia
#meingkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan