awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas pantau pergerakan Baht - PM Thailand

Bernama
Bernama
02/01/2020
20:49 MYT
Jawatankuasa khas pantau pergerakan Baht - PM Thailand
Prayuth Chan-o-cha berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Bank of Thailand (BoT) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NESDB). - EPA/NARONG SANGNAK
Satu jawatankuasa khas akan memantau secara teliti pergerakan Baht selepas ia melonjak ke paras tertinggi berbanding dolar AS dalam tempoh enam tahun pada Isnin lepas namun susut pada Khamis berikutan pemulihan mudah tunai pasaran.
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-o-cha berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Bank of Thailand (BoT) dan Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NESDB).
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet pada Khamis, beliau berkata jawatankuasa terbabit akan turut mengenal pasti kaedah bagi memperlahankan peningkatan mata wang berkenaan.
Isnin lepas, Baht mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam tahun pada 29.88 berbanding dolar AS tetapi susut ke paras 30.18 pada awal pagi ini iaitu lebih lemah daripada nilai purata 30.12 Baht berbanding dolar AS.
Pasaran ditutup pada Selasa dan Rabu bersempena cuti umum tahun baharu.
Sementara itu, BoT yang juga bank pusat negara itu berkata Baht lemah pada Khamis berikutan peningkatan semula mudah tunai pasaran.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Gabenornya, Vachira Arromdee berkata baht juga diunjur kekal tidak menentu selagi pasaran melaksanakan pelarasan.
Berikutan itu, bank pusat tersebut akan turut memantau pergerakan Baht secara teliti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baht
#bank
#ekonomi
#Jeneral Prayuth Chan o-cha
#pasaran
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan