awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun kekurangan pusat kuarantin rawat pesakit COVID-19

Agensi
Agensi
29/07/2020
11:55 MYT
Jepun kekurangan pusat kuarantin rawat pesakit COVID-19
Daripada jumlah baharu itu, 968 adalah kes tempatan manakala 13 kes lagi dikesan di lapangan terbang dalam kalangan penumpang antarabangsa. - Foto AP
Jepun kini berdepan kekurangan pusat kuarantin seperti hotel-hotel yang dikhaskan bagi merawat mereka yang mengalami simptom COVID-19.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, pada masa sama turut memberi amaran susulan peningkatan kluster yang mana mereka dijangkiti dipercayai tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Setakat ini, terdapat 550 kluster yang telah dikenal pasti di seluruh Jepun.
Suga turut memberi jaminan kerajaan akan terus membantu negeri-negeri yang memerlukan pusat kuarantin bagi memastikan mereka yang dijangkiti diberi rawatan sebelum keadaan mereka bertambah tenat.
Ketika ini Jepun terus mencatatkan peningkatan mendadak selepas 981 kes baharu positif COVID-19 dengan tiga kematian direkodkan pada Selasa.
Daripada jumlah baharu itu, 968 adalah kes tempatan manakala 13 kes lagi dikesan di lapangan terbang dalam kalangan penumpang antarabangsa.
Jumlah kumulatif kematian di negara itu kini adalah 1,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jepun
#kabinet
#kluster
#penjarakan sosial
#Simptom
#Yoshihide Suga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan