awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun kesan radioaktif cesium lebihi had dalam cendawan tempatan

Bernama
Bernama
07/11/2023
13:04 MYT
Jepun kesan radioaktif cesium lebihi had dalam cendawan tempatan
Paras radioaktif cesium berlebihan dikesan dalam cendawan yang ditanam di wilayah Yamanashi Jepun. - Gambar hiasan/Wikipedia
TOKYO: Paras radioaktif cesium berlebihan dikesan dalam cendawan yang ditanam di wilayah Yamanashi Jepun, lapor Xinhua memetik laporan kerajaan pada Selasa.
Ujian ke atas sampel Cortinarius caperatus, sejenis cendawan yang boleh dimakan mencatatkan bacaan cesium pada tahap 150 becquerel sekilogram (Bq/kg), menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan yang dimuat naik di laman sesawang rasminya.
Di Jepun, paras cesium yang dibenarkan pada produk makanan am adalah 100 Bq/kg.
Menurut laporan itu, ujian dijalankan pada 15 Okt dan cendawan itu tidak diedarkan di pasaran.
Kementerian itu kerap menerbitkan keputusan ujian bahan radioaktif dalam makanan yang dijalankan oleh 14 kerajaan wilayah di utara dan timur Jepun selepas loji janakuasa nuklear Fukushima lumpuh akibat gempa bumi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#radioaktif cesium
#cendawan tempatan
#Cortinarius caperatus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan