awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lancar video AI letusan Gunung Fiji, seru penduduk Tokyo bersiap sedia

Astro Awani
Astro Awani
28/08/2025
02:30 MYT
Jepun lancar video AI letusan Gunung Fiji, seru penduduk Tokyo bersiap sedia
Menurut pihak berkuasa, abu gunung berapi dijangka sampai ke Tokyo dalam masa satu hingga dua jam selepas letusan. - Foto Tokyo Metropolitan Government
TOKYO: Kerajaan Metropolitan Tokyo telah melancarkan video simulasi letusan Gunung Fuji yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan penduduk terhadap kemungkinan bencana besar yang boleh melanda ibu negara.

Ringkasan AI
  • Tokyo lancar video AI tiga minit yang memaparkan letusan Gunung Fuji dan abu tebal menyelubungi bandar, sebagai amaran visual kepada penduduk.
  • Abu dijangka tiba dalam 1-2 jam selepas letusan, menjejaskan pengangkutan, elektrik dan kesihatan lebih 37 juta orang di kawasan metropolitan.
  • Penduduk digesa simpan bekalan asas dan elak keluar ketika hujan abu; video terima pujian sebagai alat pendidikan, namun ada yang bimbang ia boleh cetus panik.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan suasana dramatik; awan debu kelabu menjulang dari Gunung Fuji, diikuti dengan abu gunung berapi yang menyelubungi langit Tokyo, menenggelamkan bangunan dan jalan raya dalam kabus tebal.
Penceritaan dalam video memberi amaran bahawa “detik itu mungkin tiba tanpa sebarang amaran”, menekankan betapa pantas impak letusan boleh dirasai.
Menurut pihak berkuasa, abu gunung berapi dijangka sampai ke Tokyo dalam masa satu hingga dua jam selepas letusan, dengan pengumpulan antara 2 hingga 10 sentimeter di kawasan bandar.
Ini boleh menyebabkan gangguan besar terhadap pengangkutan awam, bekalan elektrik, dan sistem komunikasi, selain menimbulkan risiko kesihatan kepada lebih 37 juta penduduk di kawasan metropolitan.
Pelancaran video ini bertepatan dengan Hari Pencegahan Bencana Gunung Berapi Jepun, dan disertakan dengan garis panduan baharu yang menggesa penduduk menyimpan bekalan makanan dan air sekurang-kurangnya untuk tiga hari, memakai topeng dan cermin mata pelindung, serta mengelak keluar rumah ketika hujan abu.
This was on Japanese primetime TV earlier in the week - a generative AI simulation of what would happen to Tokyo if Mount Fuji erupted... pic.twitter.com/iczQFfAWSg
— Nima (@DrStrangetwit) August 27, 2025
Pakar dari Universiti Nagoya menjelaskan bahawa abu gunung berapi terdiri daripada zarah halus seperti serbuk kaca, yang boleh merosakkan paru-paru, mata dan sistem elektrik jika tidak ditangani dengan betul.
Walaupun tiada tanda letusan dalam masa terdekat, Gunung Fuji masih diklasifikasikan sebagai gunung berapi aktif, dengan letusan terakhir berlaku pada tahun 1707.
Kajian kerajaan sebelum ini menganggarkan bahawa letusan besar boleh menghasilkan hingga 1.7 bilion meter padu abu, dengan kerugian ekonomi mencecah ¥2.5 trilion (RM72 bilion).
Video tersebut menerima pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang memuji pendekatan visual sebagai alat pendidikan yang berkesan, manakala sebahagian lagi menyuarakan kebimbangan bahawa ia mungkin menimbulkan panik atau menjejaskan sektor pelancongan.
Namun, pihak berkuasa menegaskan bahawa tujuan utama adalah untuk membantu rakyat “membayangkan senario sebenar” agar mereka lebih bersedia secara mental dan fizikal menghadapi sebarang kemungkinan.
Topic Berkaitan
#Gunung Fiji
#video simulasi
#AI
#bencana besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan