awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun mungkin tawar suntikan vaksin COVID-19 percuma kepada semua penduduk

Bernama
Bernama
02/09/2020
23:59 MYT
Jepun mungkin tawar suntikan vaksin COVID-19 percuma kepada semua penduduk
Awal bulan ini, kerajaan Jepun bersetuju dengan syarikat pengedar ubat Britain, AstraZeneca Plc untuk menerima 120 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan dengan Universiti Oxford. - Gambar hiasan
Kerajaan Jepun mungkin menawarkan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk dalam usaha mengurangkan kadar kematian dan jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital, memetik sumber pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
Pada mesyuarat minggu lalu, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan kerajaan memberi jaminan bekalan vaksin untuk separuh pertama tahun 2021 adalah mencukupi untuk semua rakyat.
Vaksin akan dibeli menggunakan dana simpanan untuk tahun fiskal semasa hingga Mac 2021.
Awal bulan ini, kerajaan bersetuju dengan syarikat pengedar ubat Britain, AstraZeneca Plc untuk menerima 120 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan dengan Universiti Oxford.
Mesyuarat berkenaan turut memutuskan mengenai langkah-langkah baharu memerangi virus maut itu, sebagai persediaan awal mengekang penularan wabak influenza pada musim sejuk dan kemungkinan gelombang kedua jangkitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abe Shinzo
#AstraZeneca Plc
#bekalan
#COVID-19
#dana simpanan
#dos
#fiskal
#Jepun
#percuma
#Shinzo Abe
#Universiti Oxford
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan