awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Mahmud Abu Bekir saman Cahya Mata Sarawak didakwa halang hadiri mesyuarat pengarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun pertimbang cadangan simpan bekalan barangan kecemasan di pejabat pos

Bernama
Bernama
13/02/2023
07:10 MYT
Jepun pertimbang cadangan simpan bekalan barangan kecemasan di pejabat pos
Menerusi cadangan itu, kerajaan tempatan akan menggunakan pejabat pos sebagai gudang penyimpanan bekalan bantuan bencana. - Gambar hiasan
TOKYO: Kerajaan Jepun sedang menimbang cadangan menggunakan pejabat pos sebagai tempat menyimpan bekalan barangan kecemasan seperti makanan, air dan peralatan tempat tidur untuk penghantaran ke kawasan pemindahan sekiranya berlaku bencana, lapor Xinhua.
Menerusi cadangan itu, kerajaan tempatan akan menggunakan pejabat pos sebagai gudang penyimpanan bekalan bantuan bencana serta menggunakan kenderaan agensi itu untuk menghantar bekalan ke tempat yang memerlukan, lapor Kyodo News pada Ahad, memetik sumber kerajaan.
Jepun yang kini berhadapan dengan bilangan penduduk yang semakin kecil, mahu memanfaatkan rangkaian luas khidmat penghantaran pejabat pos di seluruh negara itu yang operasinya turut meliputi kawasan terpencil.
Daripada kira-kira 24,000 pejabat pos di negara ini, pejabat pos Sagamihara di Wilayah Kanagawa, bersempadan Tokyo, menandatangani perjanjian dengan kerajaan tempatan pada 2021 untuk menggunakan rangkaian penghantarannya bagi mengangkut bekalan bantuan ke pusat pemindahan serta lokasi lain.
Kerajaan mahu menggalakkan pejabat pos Sagamihara berkongsi pengetahuan dengan pejabat pos dan majlis perbandaran lain mulai April ini bagi meningkatkan respons bencana.
Kabinet juga sedang menimbang supaya pejabat pos menyediakan maklumat mengenai status kediaman kepada kerajaan tempatan untuk mengesahkan keselamatan orang ramai sekiranya berlaku bencana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#pejabat pos
#barangan bantuan bencana
#pengurusan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan