awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun tuntut pembebasan wartawan ditahan di Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
01:23 MYT
Jepun tuntut pembebasan wartawan ditahan di Myanmar
Yuki Kitazumi mengangkat kedua-dua tangan ketika ditahan sebaik tiba di balai polis Myaynigone, di bandar Sanchaung, Yangon, Myanmar, 26 Feb, 2021. (Foro AP)
KERAJAAN Jepun pada Isnin menggesa Myanmar membebaskan seorang wartawan negara matahari terbit itu yang ditahan junta tentera di bandar Yangon.
Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato berkata, kerajaan Jepun meminta pihak berkuasa Myanmar memberi penjelasan berkenaan penangkapan Yuki Kitazumi.
Negara itu juga meminta pembebasan segera Kitazumi, 45 tahun, yang merupakan seorang wartawan bebas yang berpengkalan di Yangon.
"Kami akan terus mendesak pihak Myanmar membebaskan beliau segera, sambil melakukan yang terbaik untuk memberi perlindungan kepada warga Jepun di negara itu," katanya kepada media.
Kitazumi yang sebelum ini bertugas sebagai wartawan Nikkei Business, pernah ditahan junta tentera Myanmar pada 26 Feb lalu kerana membuat liputan protes pro-demokrasi di negara itu.
Pada Ahad (18 April) malam, dia ditahan di rumahnya dan dibawa pergi dengan kenderaan polis.
Dia kemudiannya dihantar ke penjara Insein, yang menempatkan ramai tahanan politik, menurut Kedutaan Jepun di Myanmar.
Perdana Menteri Yoshihide Suga berkata, kedutaan itu sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan Kitazumi.
Kerajaan Jepun mengkritik tindakan pihak junta tentera Myanmar berhubung rampasan kuasa yang tercetus awal Februari lalu.
Menurut Persatuan Bantuan Bagi Tahanan Politik, pihak berkuasa Myanmar telah membunuh sekurang-kurangnya 728 penunjuk perasaan dan orang awam sejak rampasan kuasa.
Sementara itu, 3,141 individu termasuk Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi, masih dalam tahanan.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Aung San Suu Kyi
#politik
#Jepun
#kerajaan
#kabinet
#protes
#tentera
#Penunjuk perasaan
#wartawan
#Yangon
#Katsunobu Kato
#Yuki Kitazumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan