awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu teruk di Bangkok: Penduduk batuk, bersin berdarah

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
01/02/2019
09:02 MYT
Jerebu teruk di Bangkok: Penduduk batuk, bersin berdarah
Jerebu di Bangkok memudaratkan kesihatan penduduk setempat sehingga ada yang mengalami batuk dan bersin berdarah.
Masalah jerebu di Bangkok, Thailand semakin membimbangkan dengan 1,500 kilometer persegi bandar tersebut diisytiharkan sebagai 'kawasan kawalan'.
Memetik laporan portal Daily Mail, hampir 450 buah sekolah di Bangkok telah diperintahkan untuk ditutup minggu ini.
"Keadaan (jerebu) akan kekal buruk sehingga 3 atau 4 Februari, jadi saya memutuskan untuk menutup sekolah," kata Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang seperti dipetik portal berkenaan.
Selain itu, udara yang kotor itu dikatakan turut memudaratkan kesihatan penduduk setempat sehingga mereka yang terjejas dengan jerebu 'beracun' itu dilapor mengalami batuk dan bersin berdarah.
Difahamkan, keadaan itu berlaku akibat pendedahan kepada tahap kepekatan partikel halus yang bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) yang membawa kepada ancaman kesihatan.
Zarah halus itu juga akan meningkatkan risiko untuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Gambar YouTube
Gambar YouTube
Gambar YouTube
Gambar YouTube
Portal The Nation pula melaporkan, bahawa pihak berkuasa telah melancarkan usaha untuk mengatasi isu tersebut termasuk melakukan semburan air, menghasilkan hujan tiruan menerusi pembenihan awan, serta mengetatkan lagi undang-undang terhadap pelepasan asap kenderaan.
Berapa agensi kerajaan turut melancarkan usaha untuk memerangi masalah jerebu yang semakin buruk sejak ia melanda ibu negara Thailand itu minggu lalu.
Bagaimanapun, langkah-langkah tersebut dilihat masih gagal.
Topic Berkaitan
#Aswin Kwanmuang
#Bangkok
#hidung berdarah
#jerebu
#kesihatan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan