awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet peribadi terhempas di AS, sembilan dikhuatiri maut

Agensi
Agensi
11/11/2015
02:03 MYT
Jet peribadi terhempas di AS, sembilan dikhuatiri maut
Jet peribadi kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas. - Foto Scott Ferrell melalui AP
Sekurang-kurangnya sembilan orang dipercayai terbunuh apabila sebuah sebuah jet peribadi terhempas dan merempuh sebuah rumah, di bandar Akron, Ohio, Amerika Syarikat.
Menurut laporan media tempatan, kesemua penumpang termasuk dua juruterbang dalam pesawat itu dipercayai terkorban.
Namun, tiada orang awam dilaporkan cedera.
Menurut anggota Polis Peronda Lebuhraya Ohio, Leftenan Bill Haymaker, jet kecil yang boleh memuatkan 10 penumpang itu, terbakar selepas ia terhempas.
Kebakaran tersebut turut merebak ke beberapa rumah lain yang berhampiran.
Ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan tiada kecederaan orang awam dilaporkan.
Kejadian berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.
Sebuah jet peribadi terhempas di timur laut Ohio
Topic Berkaitan
#Akron
#Amerika Syarikat
#jet peribadi
#Ohio
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan