awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
21/01/2021
06:48 MYT
Joe Biden, pasukan pentadbiran secara rasmi ambil alih akaun Twitter @POTUS
Lantaran itu, Presiden Amerika Syarikat ke-46 turut mengemas kini biografi akaun itu dan turut memuat naik ciapan pertamanya sebagai presiden jam 12:30 tengah hari waktu tempatan.
SELEPAS mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden dilaporkan sudah mengambil alih akaun media sosial @POTUS, iaitu akaun Twitter rasmi milik presiden negara berkenaan.
Ia sekali gus menandakan bahawa akaun rasmi itu kini telah beralih dari pentadbiran Trump ke pentadbiran Biden sejurus selepas pelantikan beliau.
Malah, menurut Twitter, semua ciapan akaun berkenaan yang berkait rapat dengan pentadbiran Trump kini telah diarkibkan.
Lantaran itu, Presiden Amerika Syarikat ke-46 turut mengemas kini biografi akaun itu dan turut memuat naik ciapan pertamanya sebagai presiden jam 12:30 tengah hari waktu tempatan.
There is no time to waste when it comes to tackling the crises we face. That's why today, I am heading to the Oval Office to get right to work delivering bold action and immediate relief for American families.
— President Biden (@POTUS) January 20, 2021
Selain itu juga, akaun Twitter Wanita Pertama AS, Lady Jill Biden, yang sebelum ini dikenali sebagai @FLOTUSBiden kini telah bertukar menjadi @FLOTUS.
Bukan itu sahaja, akaun Naib Presiden Kamala Harris kini secara rasmi dikenali sebagai @VP, dan beliau turut memuat naik ciapan pertamanya pada akaun itu pada Rabu.
Ready to serve.
— Vice President Kamala Harris (@VP) January 20, 2021
Akaun pasukan peralihan Biden, @transition46, kini secara rasmi menjadi @WhiteHouse, sementara akaun Setiausaha Akhbar Jen Psaki adalah @PressSec.
Pemindahan rasmi akaun Twitter presiden itu berlaku setelah Biden dan Naib Presidennya, Harris, mengangkat sumpah bagi jawatan berkenaan di bangunan Capitol pada hari Rabu, yang tidak dihadiri Trump.
Dalam perkembangan lain, Twitter turut menyatakan pihaknya tetap akan menggantung akaun milik Trump dan tiada sebarang makluman bagi pembatalan tindakan itu setakat ini.
Terdahulu, akaun rasmi milik Trump iaitu @realdonaldtrump digantung selepas didapati memuat naik ciapan berbentuk hasutan sehingga menyebabkan para penyokong bekas presiden itu melakukan demontrasi di bangunan Capitol AS.
Topic Berkaitan
#Twitter
#akaun rasmi
#Joe Biden
#Kamala Harris
#media sosial
#Amerika Syarikat
#wanita
#presiden
#Media
#AS
#Donald Trump
#ambil alih
#akaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan