awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jogging tanpa seurat benang sebab nak kekal 'awet muda'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2018
03:35 MYT
Jogging tanpa seurat benang sebab nak kekal 'awet muda'
Menurut Vladimirskaya, dia telah melakukan ritual aneh itu selama sembilan tahun dan turut ditemani suaminya. - Sinar Harian
Wanita dari Ukraine ini mempunyai cara unik untuk beriadah pada setiap hujung minggu.
Memetik laporan Daily Mail, Inna Vladimirskaya, 32, mendakwa dia akan berjogging tanpa memakai seurat benang di kawasan bersalji yang mencatat suhu -9 darjah Celsius sebelum berenang di sungai Dnieper di Kiev.
Menurut Vladimirskaya, dia telah melakukan ritual aneh itu selama sembilan tahun dan turut ditemani suaminya kerana wanita itu percaya suhu sejuk dapat menyihatkan tubuhnya serta salah satu rahsia awet muda.
"Saya akan melakukan 'aktiviti' ini pada setiap pagi Ahad. Perbuatan berendam dalam air sejuk boleh melancarkan aliran darah ke organ dalaman dan mengaktifkan peredaran darah yang dapat membantu memecahkan lemak serta menguatkan otot," ujarnya.
Jelas wanita itu lagi, ia juga dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi serta meremajakan kulitnya kerana bekalan oksigen meningkat.
"Walrus (mamalia seperti anjing laut) sentiasa kelihatan muda kerana ia banyak menghabiskan masa dalam air sejuk. Manusia boleh menggunakan kaedah yang sama jika ia sanggup berbuat demikian.
"Saya akan memastikan tidak berada terlalu lama dalam air sejuk tersebut. Saya akan mengeringkan tubuh dengan cepat dan terus menaiki kereta," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#awet muda
#Dnieper
#Inna Vladimirskaya
#Jogging
#kawasan bersalji
#Kiev
#seurat benang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan