awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

John Lee arah siasatan menyeluruh insiden kebakaran kediaman di Hong Kong

Bernama
Bernama
02/12/2025
09:24 MYT
John Lee arah siasatan menyeluruh insiden kebakaran kediaman di Hong Kong
John Lee menegaskan komitmen HKSAR untuk membantu mereka yang terjejas, termasuk mengaktifkan pusat perlindungan sementara serta menyediakan kediaman sementara. - Reuters
HONG KONG: Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) akan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh seorang hakim bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden kebakaran kediaman baru-baru ini serta memastikan kebertanggungjawapan penuh, kata Ketua Eksekutif John Lee pada Selasa, lapor Xinhua.
Kebakaran itu meragut 151 nyawa dan menyebabkan 79 orang lagi cedera, kata Lee.
Polis masih menyiasat kira-kira 30 kes individu yang belum ditemukan.
Tiga pasukan petugas yang ditubuhkan sebelum ini sedang meneliti aspek akauntabiliti, menyiasat semua pihak yang berkaitan dan memastikan tiada individu bertanggungjawab terlepas daripada tindakan.
Beliau menegaskan komitmen HKSAR untuk membantu mereka yang terjejas, termasuk mengaktifkan pusat perlindungan sementara serta menyediakan kediaman sementara secara berfasa untuk sekitar 2,500 orang di perumahan transit dan hotel.
Lee berkata insiden kebakaran itu mendedahkan kelemahan pada pelbagai peringkat, sekali gus menjadikan pembaharuan sistemik satu keperluan.
Beliau berkata sebuah suruhanjaya bebas akan dibentuk bagi menyiasat insiden berkenaan, dan kerajaan HKSAR akan menyediakan semua data serta bantuan diperlukan.
Suruhanjaya itu kemudian akan mengemukakan cadangan dan laporan kepadanya.
Lee turut menegaskan operasi menyelamat tidak akan dihentikan dan keluarga yang terjejas tidak akan diabaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan
#insiden kebakaran
#Hong Kong
#john lee
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan