awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi akan minta Rusia lakukan gencatan senjata segera

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2022
07:19 MYT
Jokowi akan minta Rusia lakukan gencatan senjata segera
Jelas Jokowi lagi, beliau akan turut menggalakkan negara-negara G7 untuk mencari keamanan di Ukraine berikutan pencerobohan Rusia, selain mencari penyelesaian segera kepada krisis makanan dan tenaga global - Foto/Twitter Jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan menggesa rakan sejawatannya dari Rusia dan Ukraine untuk membuka pintu dialog dalam misi membina keamanan susulan perang yang masih berlanjutan antara dua negara itu.
Memetik laporan Reuters, Jokowi juga akan menyarankan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin agar mengarahkan gencatan senjata segera dilakukan.
“Perang perlu dihentikan dan rantaian bekalan makanan global perlu diaktifkan semula,” tegas Jokowi seperti dilapor portal tersebut, hari ini.
Jokowi berkata demikian sebelum berlepas ke Jerman untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang dijadual berlangsung hari ini hingga Selasa.
Jelas Jokowi lagi, beliau akan turut menggalakkan negara-negara G7 untuk mencari keamanan di Ukraine berikutan pencerobohan Rusia, selain mencari penyelesaian segera kepada krisis makanan dan tenaga global.
Sebelum ini, Indonesia mengutuk perang terhadap Ukraine dan menyatakan rasa simpati kepada rakyat negara itu.
Jokowi dijangka mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin Ukraine serta Rusia pada bulan ini bagi membincangkan isu berkaitan ekonomo dan hak asasi manusia berhubung peperangan yang berlaku.
Topic Berkaitan
#perang Rusia Ukraine
#Jokowi perang Ukraine
#berita hari ini
#Ukraine diserang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan