awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juneteenth: Seorang terbunuh, 22 cedera insiden tembakan rambang

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2023
23:45 MYT
Juneteenth: Seorang terbunuh, 22 cedera insiden tembakan rambang
Keadaan huru-hara selepas kejadian tembakan di Willowbrook, Chicago semasa pesta Juneteenth diadakan. - Foto Twitter/Sprinter
CHICAGO: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 22 yang lain cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di satu perhimpunan di sebuah tempat letak kereta di pinggiran Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Menurut saksi, perhimpunan itu adalah sebuah parti Juneteenth yang diadakan di Willowbrook, sebuah bandar kira-kira 32 kilometer di barat daya Chicago.
Sekurang-kurang 300 individu hadir dan berada di perkarangan kawasan parkir tersebut ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 12.30 pagi.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Syerif Daerah Dupage, sejumlah suspek yang tidak diketahui telah melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pelbagai senjata api ke arah kumpulan individu ketika kejadian.
Sekurang-kurangnya 12 ambulans telah dikerah ke tempat kejadian dan 10 mangsa telah dihantar ke empat buah hospital dan dua mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Gun Violence Archive, insiden ini menambah angka kepada jumlah keseluduhan 310 insiden tembakan rambang di AS pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#Juneteenth
#tembakan rambang
#perhimpunan
#tempat letak kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan