awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruvideo MyCARE maut serangan rejim Zionis

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2024
15:38 MYT
Juruvideo MyCARE maut serangan rejim Zionis
Juruvideo Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Anas Ashour yang bertugas di Gaza, Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat serangan rejim Zionis pada Jumaat. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Juruvideo Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Anas Ashour yang bertugas di Gaza, Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat serangan rejim Zionis pada Jumaat.
Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Shehada memaklumkan perkara itu menerusi sebuah video yang di muat naik di aplikasi TikTok pada Jumaat.
"Dia seperti seorang adik, dia rajin dan sangat menyayangi kerjayanya. ALLAH pilih dia.
"Demi ALLAH saya sangat sedih, hampir menangis dan menjerit, tetapi kita mesti sabar dan bersyukur dalam setiap keadaan, tidak berkata apa kecuali yang diredhai," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, sebanyak 58 kem perlindungan 'friendship shelter' sumbangan rakyat Malaysia di Gaza, Palestin musnah dibom tentera Israel.
Kem perlindungan yang dibina MyCARE dengan kerjasama Pasaraya Econsave musnah dibedil bom rejim Israel dengan sebahagian daripadanya menempatkan 95 keluarga.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Juruvideo MyCARE
#serangan Israel
#Anas Ashour
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan