awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2024
23:45 MYT
Jutawan AS individu awam pertama jelajah angkasa lepas
Isaacman dan Gillis menjelajah angkasa kira-kira 10 minit ketika kapsul Dragon mengorbit di atas Australia, New Zealand dan Lautan Pasifik. - Foto SpaceX via AP
JUTAWAN Amerika Syarikat (AS), Jared Isaacman muncul individu awam pertama melakukan penjelajahan di angkasa lepas, dalam satu cubaan syarikat SpaceX untuk mengkomersialkan industri angkasa.
Pisi Polaris Dawn dibiayai sendiri oleh Iaacman, dilancarkan awal pagi Jumaat dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, penjelajahan lebih jauh ke angkasa lepas pernah dicatat mana-mana manusia dalam tempoh setengah abad sejak Program Apollo.
Kapsul Dragon milik syarikat SpaceX itu dilancarkan bersama empat orang kru ke orbit setinggi 700 kilometer sebelum aktiviti jelajah angkasa bermula pada pukul 7 pagi waktu tempatan.
Sejurus mengorbit, jutawan itu bersama jurutera SpaceX, Sarah Gillis, membuka pintu dan memanjat melalui struktur yang dikenali sebagai Skywalker, sambil melihat pemandangan bumi yang menakjubkan.
Isaacman semasa bercakap kepada pusat kawalan misi di Hawthorne, California, mengakui bahawa bumi sangat cantik dan kelihatan sangat sempurna.
Kenyataannya itu disambut sorakan krew misi di darat.
Isaacman dan Gillis menjelajah angkasa kira-kira 10 minit ketika kapsul Dragon mengorbit di atas Australia, New Zealand dan Lautan Pasifik.
Misi itu turut disertai krew Scott Poteet dan Anna Menon.
Ini merupakan satu lagi pencapaian besar untuk SpaceX, syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk pada tahun 2002.
Misi membabitkan orang awam ke angkasa lepas pada awalnya dipandang rendah, namun kini menjadi kenyataan dalam usaha menjadikan pelancongan angkasa sebagai industri komersial.
Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas AS (NASA), Bill Nelson menyifatkan, kejayaan itu adalah satu perkembangan penting untuk industri angkasa komersial dan matlamat jangka panjang pihaknya membina ekonomi angkasa AS yang dinamik.
Topic Berkaitan
#Jared Isaacman
#SpaceX
#Angkasa Lepas
#Polaris Dawn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan