awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Brienz di pergunungan Switzerland diancam gelongsoran batu lanjutan

Bernama
Bernama
19/11/2025
23:20 MYT
Kampung Brienz di pergunungan Switzerland diancam gelongsoran batu lanjutan
Pemandangan kawasan kampung yang terletak di hadapan zon runtuhan batu di Brienz, Switzerland, 12 Mei 2023. - Gambar fail/REUTERS
GENEVA: Kampung Brienz di pergunungan Switzerland berdepan risiko satu lagi gelongsoran batu yang boleh berlaku pada bila-bila masa, dua setengah tahun selepas ia kali pertama dipindahkan, menurut pegawai pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut majlis tempatan, ahli geologi menjangkakan sehingga 150,000 meter padu batu di kawasan atas kampung itu boleh runtuh dalam beberapa hari akan datang - bersamaan kira-kira 150 buah rumah berasingan.
Dalam senario paling buruk, pemisahan jisim batu itu boleh mencetuskan satu lagi kejadian tanah runtuh, mengakibatkan aliran serpihan sehingga 1 juta meter padu bahan.
"Sebahagian kawasan kampung mungkin terjejas," kata pihak perbandaran. Namun, ada kemungkinan kejadian itu tidak akan memberi kesan lanjut.
Brienz telah dipindahkan pada Mei 2023 berikutan ancaman gelongsoran batu besar. Beberapa minggu kemudian, 1.2 juta meter padu batu menggelongsor ke bawah bukit dan nyaris mengenai kampung itu.
Sekitar 80 penduduk dibenarkan kembali pada Julai 2023, tetapi pada November 2024 keadaan kembali terancam sehingga satu lagi arahan pemindahan dikeluarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Switzerland
#gelongsoran batu
#tanah runtuh
#pemindahan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan