awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2021
04:27 MYT
Kapal MV Ever Given berjaya dialihkan
Usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan, kira-kira 27,000 meter padu pasir. - Foto REUTERS
ISMAILIA: Pasukan penyelamat berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given di Terusan Suez setelah hampir seminggu tersekat di laluan perdangangan paling penting di dunia itu.
Walaupun kapal kargo itu berjaya diapungkan kembali, namun ia masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menungu, atau dalam perjalanan ke terusan itu.
Usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan, kira-kira 27,000 meter padu pasir.
Penangguhan ini merupakan satu lagi tekanan untuk rantaian bekalan global.
Kapal MV Ever Given, tersekat secara menyerong merintangi terusan itu sejak Selasa lalu, menutup laluan perdagangan global dari kedua-dua arah, timur dan selatan.
Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.
Keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.
Kira-kira 10 peratus aktiviti perdagangan dunia bergantung pada Terusan Suez, terutamanya bagi tujuan penghantaran minyak dan gas ke Eropah.
Topic Berkaitan
#Terusan Suez
#MV Ever Given
#kapal
#alih
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan