awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal NASA Parker Solar Probe "selamat" selepas misi paling hampir dengan matahari

Bernama
Bernama
27/12/2024
15:55 MYT
Kapal NASA Parker Solar Probe "selamat" selepas misi paling hampir dengan matahari
Parker Solar Probe milik NASA berada dalam keadaan selamat dan beroperasi seperti biasa selepas berjaya melakukan pendekatan terdekat ke matahari yang pernah dicapai oleh objek buatan manusia. - Foto AP
WASHINGTON: Parker Solar Probe milik NASA berada dalam keadaan selamat dan beroperasi seperti biasa selepas berjaya melakukan pendekatan terdekat ke matahari yang pernah dicapai oleh objek buatan manusia, menurut agensi angkasa lepas itu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kapal angkasa itu berada pada jarak hanya 6.1 juta kilometer dari permukaan matahari pada 24 Dis, memasuki atmosfera luar matahari - korona - dalam misi untuk membantu saintis mempelajari lebih lanjut tentang bintang paling dekat dengan Bumi.
Agensi itu memaklumkan bahawa pasukan operasi di makmal fizik gunaan Universiti Johns Hopkins di Maryland menerima isyarat, iaitu nada suar, daripada probe itu sejurus sebelum tengah malam Khamis.
Kapal angkasa itu dijangka menghantar data telemetri terperinci tentang statusnya pada 1 Jan.
Bergerak pada kelajuan sehingga 692,000 km/j, kapal angkasa itu merasai suhu sehingga 982 darjah Celsius.
"Kajian jarak dekat matahari ini membolehkan Parker Solar Probe mengambil ukuran yang membantu saintis lebih memahami bagaimana bahan di kawasan ini dipanaskan hingga jutaan darjah, menelusuri asal-usul angin suria (aliran bahan berterusan yang keluar dari matahari) dan mengetahui cara zarah bertenaga dipercepat kepada kelajuan hampir cahaya," menurut NASA.
Parker Solar Probe dilancarkan pada 2018 dan secara beransur-ansur mengorbit mendekati matahari menggunakan lintasan Venus untuk menariknya secara graviti ke orbit yang lebih rapat dengan matahari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal NASA
#Parker Solar Probe
#Matahari
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan