awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut

Bernama
Bernama
22/12/2023
20:50 MYT
Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut
Kapal persiaran Norway MS Maud, ketika berada di Westfjords, Iceland, 12 Julai 2023. - Gambar fail REUTERS
MOSCOW: Kapal persiaran Norway, Maud, mengalami masalah navigasi di Laut Utara akibat kerosakan yang disebabkan oleh ribut, lapor Sputnik, memetik media Norway.
Pada Khamis, amaran ribut Pia telah dikeluarkan di kebanyakan bahagian di United Kingdom.
Kapal itu yang berlayar dari bandar Floro di Norway ke bandar pelabuhan Tilbury di UK menghadapi masalah navigasi akibat ribut Pia, lapor akhbar VG pada Khamis.
Maud membawa 266 penumpang dan 131 anak kapal.
Edward Middleton, ketua operasi menyelamat, dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beberapa tingkap kapal diterbangkan ribut manakala bekalan elektrik terputus, dan air mungkin telah memasuki pusat kawalan kapal.
Perkhidmatan penyelamat Denmark dilaporkan melakukan operasi menyelamat. Kapal itu kini dilayari secara manual dan keadaan di atas kapal stabil, lapor penyiar Denmark TV2, memetik pusat operasi tentera Denmark.
Tiada kecederaan serius berlaku di atas kapal, lapor VG memetik pemilik kapal, Hurtigruten Expeditions.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#ribut pia
#kapal persiaran Norway
#United Kingdom
#Maud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan