awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS kecam serangan maut tentera Myanmar di Kayah

Bernama
Bernama
29/12/2021
03:55 MYT
AS kecam serangan maut tentera Myanmar di Kayah
Keadaan di bandar Hpruso di negeri Kayah, Myanmar, susulan serangan pada 24 Dis lalu. (Foto KNDF/AP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa mengecam serangan tentera Myanmar di negeri Kayah, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh pada 24 Dis.
Mangsa serangan termasuk wanita dan kanak-kanak serta dua kakitangan organisasi bantuan antarabangsa 'Save the Children', lapor Agensi Anadolu (AA).
"Kami khuatir dengan kekejaman rejim tentera di Burma (Myanmar), termasuk serangan terbaharu di Kayah dan Karen," kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam satu kenyataan.
"Serangan menyasarkan orang tidak bersalah dan mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan adalah suatu yang tidak boleh diterima, dan menunjukkan pihak tentera bertanggungjawab bagi kejadian serangan itu," kata diplomat tertinggi itu.
Blinken menggesa masyarakat antarabangsa melakukan lebih banyak bagi mencegah kekejaman di Myanmar daripada berulang, termasuk menghentikan penjualan senjata dan teknologi dwi-guna kepada tentera.
Tentera Myanmar yang dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa pada 1 Feb dan menangkap pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) diketuai pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada awal bulan ini.
Lebih 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,400 yang lain ditangkap pasukan junta, dan kebanyakannya telah dibebaskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan tentera
#Myanmar
#Kayah
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan