awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehidupan boleh kembali normal sekiranya vaksin dapat digunakan secara meluas - Dr Sahin

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
16/11/2020
14:29 MYT
Kehidupan boleh kembali normal sekiranya vaksin dapat digunakan secara meluas - Dr Sahin
Pengasas BioNTech, Dr Ugur Sahin memaklumkan, sekiranya semua berjalan lancar, vaksin akan diberikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. - Gambar fail
LONDON:"Jika vaksin untuk koronavirus itu dapat digunakan secara meluas, kehidupan boleh kembali normal pada musim sejuk akan datang,” kata saintis, Dr Ugur Sahin.
Dr Sahin yang juga pengasas bersama firma BioNTech, Jerman memaklumkan, musim sejuk kali ini agak mencabar susulan masih tiada vaksin yang boleh digunakan.
Bekerjasama dengan syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer, BioNTech kini sedang membangunkan vaksin yang pertama di dunia.
BACA: COVID-19: Akhirnya, saintis temui vaksin keberkesanan sehingga 90 peratus
“Sekiranya semua berjalan lancar, kami akan mula memberikan vaksin pada akhir tahun ini atau awal tahun depan,” ujar Dr Sahin.
“Sasaran kami adalah untuk mengedar lebih daripada 300 juta dos menjelang April tahun depan, yang tentunya akan memberi impak,” katanya.
Beliau menjangkakan, angka jangkitan akan menurun pada musim panas dan amat penting untuk mengambil suntikan vaksin pada musim luruh.
“Saya yakin ini (keberkesanan) akan berlaku.
"Berapa syarikat vaksin sedang berusaha untuk meningkatkan bekalan, dan ia membolehkan kita menjalani musim sejuk yang normal pada tahun hadapan, ” tambahnya lagi
BACA: Moderna dakwa vaksinnya 94.5 peratus berkesan
Sahin dan isterinya, Dr Ozlem Tureci mula mengasaskan BioNTech di bandar Mainz, Jerman pada 2008.
Selepas mengenal pasti pelan pembangunan vaksin tersebut, BioNTech menjalin kerjasama dengan Pfizer pada Mac lalu.
Pengumuman pasangan saintis itu pada Isnin lalu yang mengatakan vaksin ciptaan mereka mempunyai 90 peratus keberkesanan merawat penyakit itu menjadi perhatian dunia dan menyaksikan pasaran saham melambung tinggi.
BioNTech kini bernilai AS$25.8 bilion (RM106.2 bilion), lebih tinggi nilainya dari Deutsche Bank.
Topic Berkaitan
#Jerman
#koronavirus
#BioNTech
#Pfizer
#COVID-19
#Ugur Sahin
#Ozlem Tureci
#Amerika Syarikat
#vaksin
#Moderna
#vaccine
#Dr Ugur Sahin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan