awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam! Tetak leher ibu hingga putus kerana RM124

Agensi
Agensi
11/03/2018
10:17 MYT
Kejam! Tetak leher ibu hingga putus kerana RM124
Seorang wanita maut ditetak di leher oleh anak kandungnya sendiri hanya kerana gagal menyediakan sejumlah wang yang diminta. -Foto kompasiana
Seorang wanita maut ditetak di leher oleh anak kandungnya sendiri hanya kerana mangsa gagal menyediakan sejumlah wang yang diminta.
Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sutarmi, 54 tahun, sedang berjualan di sebuah sawah di sini ketika musim menuai pada Jumaat.
Anaknya Sumudi, 35 tahun, tiba-tiba menghampiri mangsa dan meminta diberikan wang berjumlah IDR500,000 (kira-kira RM142).
Apabila diberitahu yang dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, Sumudi terus naik berang dan mengancam membunuh ibunya.
Sutarmi cuba melarikan diri setelah dikejar anaknya, namun malang sekali apabila dia tiba-tiba terjatuh di permatang sawah.
Melihat ibunya yang rebah, Sumudi yang sepatutnya cuba untuk membantu sebaliknya menghayun dan menetak ibunya tepat ke leher berkali-kali hingga putus.
Menurut saksi, Sutarmi dilihat menggelepar akibat tetakan sebelum kaku tidak bernyawa.
Sumudi kemudian meninggalkan mayat ibunya tanpa rasa kesal.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Suspek, dipercayai menghidap gangguan jiwa, berjaya ditahan polis Indonesia pada Sabtu.
Menurut portal TribunJateng.com, suspek dilapor berkata yang dia langsung tidak rasa menyesal membunuh ibunya dengan kejam.
Beberapa barang bukti ditemukan bersama suspek, antaranya parang yang digunakan untuk memenggal kepala ibunya, baju mangsa, basikal dan juga beg galas suspek.
Sumudi bakal dituduh di bawah Pasal 340 KUHP kerana membunuh dengan niat. Sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman mati atau dipenjara seumur hidup.
Topic Berkaitan
#berang
#Indonesia
#minta wang
#Polis Indonesia
#sumudi
#sutarmi
#tetak ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan