awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian al-Arouri: PBB gesa semua pihak tidak buat tindakan terburu-buru

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
23:10 MYT
Kematian al-Arouri: PBB gesa semua pihak tidak buat tindakan terburu-buru
Soto Nino menggesa agar 'sekatan maksimum' daripada semua pihak dilaksanakan susulan pembunuhan pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri. - Foto X/Sojern
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar 'sekatan maksimum' daripada semua pihak dilaksanakan susulan pembunuhan pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri dalam serangan Israel di Beirut, Lubnan pada Selasa.
Kenyataan dibuat jurucakap bersekutu bagi Setiausaha Agung PBB, Florencia Soto Nino sebagai reaksi kepada kenyataan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Nasrallah sebelum ini menegaskan tindak balas tertinggi akan dilakukan sekiranya Israel melakukan pembunuhan di tanah Lubnan.
"Saya rasa mesej kami kepada semua orang adalah sama iaitu disebabkan ketegangan yang semakin memuncak dan kerapuhan keadaan di rantau ini, kami menyeru agar sekatan maksimum daripada semua pihak.
"Kami tidak mahu apa-apa atau sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya,” katanya.
Serangan Israel di Beirut yang membunuh al-Arouri dijangka boleh menandakan peningkatan besar dalam konflik di Asia Barat.
Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah telah berikrar untuk bertindak balas terhadap mana-mana pihak Irael yang menyasarkan pegawai Palestin di Lubnan.
Topic Berkaitan
#Florencia Soto Nino
#Hassan Nasrallah
#Saleh Al-Arouri
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan