awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemboja lulus pindaan perlembagaan lucut kewarganegaraan terhadap pengkhianat

Bernama
Bernama
11/07/2025
10:30 MYT
Kemboja lulus pindaan perlembagaan lucut kewarganegaraan terhadap pengkhianat
Langkah ini bertujuan mempertahankan kepentingan nasional dan tidak akan menjejaskan rakyat yang setia kepada Kemboja. - Gambar fail/Reuters
PHNOM PENH: Perhimpunan Kebangsaan Kemboja sebulat suara meluluskan draf pindaan perlembagaan bagi melucutkan kewarganegaraan individu yang melakukan pengkhianatan atau bekerjasama dengan pihak asing untuk melemahkan kerajaan.

Ringkasan AI
  • Kemboja lulus pindaan Perlembagaan lucut kewarganegaraan Perhimpunan Kebangsaan meluluskan pindaan terhadap Perkara 33 untuk membolehkan pelucutan kewarganegaraan individu yang didapati mengkhianati negara atau bekerjasama dengan kuasa asing.
  • Timbalan Perdana Menteri Koeut Rith menyatakan langkah ini bertujuan mempertahankan kepentingan nasional dan tidak akan menjejaskan rakyat yang setia kepada Kemboja.
  • Pindaan ini dibuat ketika ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand memuncak, dan Kemboja menyatakan bahawa banyak negara lain turut mempunyai undang-undang serupa.

Kesemua 125 anggota Perhimpunan Kebangsaan meluluskan pindaan terhadap Perkara 33 Perlembagaan Kemboja dalam sesi parlimen yang diadakan pada Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kehakiman Koeut Rith berkata langkah itu bertujuan melindungi kedaulatan Kemboja dengan menyasarkan individu yang bertindak menentang kepentingan negara.
"Inisiatif ini bertujuan mempertahankan kedaulatan negara dengan menyasarkan individu yang bersekongkol dengan kuasa asing untuk melemahkan negara.
"Langkah ini tidak akan menjejaskan rakyat yang kekal setia kepada Kemboja," katanya seperti dipetik agensi berita negara Agence Kampuchea Presse.
Cadangan untuk melucutkan kewarganegaraan itu dikemukakan ketika ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand memuncak sejak 28 Mei.
Pindaan yang diluluskan pada Jumaat itu membuka laluan bagi mewujudkan kerangka undang-undang untuk melaksanakan pelucutan kewarganegaraan.
Rith turut berkata Kemboja bukan satu-satunya negara yang sedang menggubal undang-undang sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Kebangsaan Kemboja
#pindaan perlembagaan
#melucutkan kewarganegaraan
#pengkhianatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan